KENAPA BERPOLITIK?
Ramai orang berkata saya tidak berminat berpolitik... Saya tak mahu politik, politik itu kotor,...
Tetapi tahukah kita sekalian, sebenarnnya tanpa kita sedari setiap masa dan ketika kita berpolitik, sebagai contoh jika kita sebagai ibu bapa, dalam mengurus kehidupan keluarga seharian kita banyak berpolitik secara tidak lansung samaada terhadap suami, isteri, anak-anak kita. Jika anak-anak tak mahu belajar di rumah, kita kena cari kaedah jalan penyelesaiannya agar si anak tadi rajin atau mengikut nasihat atau kemahuan kita, nah itulah politik. Begitu juga jka anda sebagai seorang ketua atau majikan, dalam menyelesaikan banyak masalah organisasi kita jua berpolitik sebenarnya kepada anak-anak buah kita, agar anak-anak buah kita mengikut sesuatu seperti yang kita harapkan.
Maju mundurnya sesebuah negara sangat berkait dengan politik. Politik penting untuk pembangunan dan mempertahankan kedaulatan negara.
Politik satu khazanah orang kita yang harus dijaga, dipupuk, dipelihara, dan dipertahankan.
Keamanan negara kita hari ni mungkin tak dapat kita kecapi, kiranya tiada orang-orang yang berpolitik dan mempertahankan kuasa yang ada dan nikmat kemerdekaan ini.
Kerajaan terbentuk kerana kuasa politik, politik penting untuk kita semua, tanpa politik pincanglah kita. so, mari kita pertahanan kuasa politik yang ada... kerana itu saja lagi khazanah kita yang ada.... jika semua ini sudah tiada.... musnahlah segalanya...
bersambung...
KESTABILAN POLITIK NEGERI KEUTAMAAN PKR SABAH- MUSTAPHA
2 hari yang lalu
Kenapa berpolitik? Bagi saya jawapannya mudah sahaja, Untuk mendapatkan pengaruh bagi memenuhi kehendak peribadi.
berpolitik untuk mempertahankan hak kita. Bayangkan kalau tun Mustapha tidak berpolitik, siapa yang berkuasa sekarang? bayangkan kalau Dato Onn tidak berpolitik? dimana hak Melayu dan bumiputra dengan dasar Malayan Union.