Pitas boleh maju dan keluar dari belenggu kemiskinan jika ramai rakyatnya berilmu.
Tahun 2020 negara kita Malaysia mensasarkan sebagai sebuah negara maju, bagaimana pula dengan keadaan di luar bandar Sabah, khususnya di daerah Pitas yang sedikit masa pernah dilebelkan sebagai daerah termiskin di Malaysia, apakah daerah ini akan turut sama berubah dan akan menjadi daerah maju menjelang tahun 2020.
Kemajuan sangat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Pitas memerlukan model insan bermutu tinggi untuk lebih pantas berubah dari keadaan serba kurang yang ada sekarang. Jika rakyatnya berilmu sudah pastinya keadaan masyarakat itu juga akan mudah berubah.
Meminmjam kata-kata Mantan Perdana Menteri Allayarham Tun Abdul Razak bahawa "Pelajaran adalah satu pelaburan model yang mustahak untuk membina sesuatu masyarakat dan kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk ke arah perubahan pemikiran, bentuk, dan masyarakat kita sama ada di kampung mahupun di bandar.
Maka sewajarnya pada pemimpin utama daerah ini mengambil langkah drastik untuk menjana rakyatnya supaya lebih ramai yang berilmu, dengan memberi kesedaran pada rakyat akan kepentingan ilmu, melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara bandar dengan luar bandar.
Di Pitas, kerajaan dan pemimpin utama daerah ini juga harus menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran di semua peringkat. Membimbing dan membina masyarakat yang ke arah lebih inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi, serta melahirkan insan yang berkeyakinan diri berkemampuan memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan dan akhirnya boleh menyumbang semula kemahiran dan ilmu tersebut untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Pastinya Pembangunan Modal Insan satu pelaburan ke arah untuk lebih mudah dan cepat untuk berubah daripada keadaan sekarang kepada yang lebih baik.
CEBURI BIDANG KEMAHIRAN
PELUANG BERKERJA TETAP ADA JIKA ANDA ADA KEMAHIRAN
Pelajar yang berjaya sering dikaitkan dengan keputusan peperiksaan yang baik, dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Ada juga yang berpendapat pelajar yang berjaya seharusnya mempunyai ketrampilan diri yang baik. Soal berjaya sebagai pelajar PERLU DINILAI DARIPADA PELBAGAI SUDUT.
Jika anda tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading kerana keputusan peperiksaan awam yang kurang baik, jangan bimbang dan ragu, sebenarnya anda masih boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara kita sebagai model insan yang berkualiti, pokoknya jangan mudah putus asa. Banyak ruang dan peluang lain yang boleh anda ceburi khususnya pelajar lepasan sekolah sebagai insan yang berjaya di masa muka.
Kerajaan ada menawarkan pelbagai bidang kemahiran yang boleh pelajar-pelajar terokai atau ceburi antara seperti:
- Kolej Komuniti
- Institut Kemahiran Mara(IKM)
- Pusat Giat Mara
- Pusat latihan Belia
- Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Tinggai Belia Negara (IKTBN)
- Institut Kemahiran dll.
Kalian berpotensi menjadi pekerja mahir dan mahir yang amat diperlukan dalam pasaran pekerjaan hari ini. Jadi anda jangan gusar, yang penting ada kemahuan dan semangat terus berusaha. Rajin-rajinlah meneroka ruang dan peluang yang telah disediakan itu demi kesejahteraan kalian akhirnya, saya doakan moga berjaya.