Sekadar pendapat:
Perkara asas kepada kecemerlangan daerah Pitas bergantung kepada genarasi yang berwibawa. Genarasi yang berwibawa boleh dilahirkan dengan memberi kesedaran dan bimbingan kepada penduduknya melalui AGENDA MEMBANGUNAKAN MODAL INSAN. Kita akui untuk membangunakan model insan yang cemerlang memerlukan tempoh masa yang panjang dan berterusan.
Pendekatan kepada pembangunan model insan haruslah secara holostik dengan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kita BOLEH berubah melalui pendidikan. Rakyat harus menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu sains, teknologi, keusahawanan, keagamaan,dan pelbagai bidang lain. Yang tidak kurang pentingnya adalah menanamkan nilai-nilai murni dan pembudayaan sikap progresif. Nilai etika dan moral yang tinggi harus mejadi pegangan hidup setiap diri penduduknya.
Komitmen dan tindakan bersama setiap pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan. Pentingnya juga setiap individu khususnya kakitangan kerajaan yang diberi amanah dan mandat mengurus dan mentadbir dearah ini memberi penghayatan sepenuhnya terhadap tugas masing-masing, dan ini perlu diterjemahkan dalam setiap tindakan. NGO juga berperanan membantu melancarkan agenda pembangunan daerah. Sektor swasta perlu menjadi penaraju pertumbuhan ekonomi. Setiap yang pihak wajar berkerjasama sebagai satu pasukan sangat penting supaya Pitas membangun bersama dengan rakyat . Lebal kemisikinan yang ada di Pitas, pasti suatu masa dan ketika nanti akan bertukar kepada Pitas yang Maju dan Progresif.
Sektor awam sebagai pemudah cara pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan penyedia kemudahan sosioekonami. Manakala rakyat pula haruslah menyahut seruhan kerajaan dan merebut ruang dan peluang yang disediakan dan bersedia untuk bersama-sama memastikan kejayaan pelaksanaan.
KESTABILAN POLITIK NEGERI KEUTAMAAN PKR SABAH- MUSTAPHA
2 hari yang lalu
0 ulasan