Dalam Syair Jawa, negeri SABAH dikenali sebagai SELUDANG. Kawasan Pusat negeri SELUDANG dikatakan diantara TELUK MARUDU dengan Semananjung Bengkoka hingga ke Pulau Jambongan. Yang dimaksud kawasan Seludang itu adalah di sekitar Pitas. Suatu ketika dahulu, terdapat beberapa kawasan penampatan orang-orang Inggeris di Pitas, salah satu pusat penampatan Inggeris yang popular ketika itu adalah di Kg.Mempakad.
Selain orang-orang tempatan, ketika itu orang-orang Inggeris jua membawa perkerja berbangsa Jawa, Banjar, dan lain-lain lagi yang ditempatkan berkerja di ladang-ladang getah. Orang-orang Jawa tadi mempunyai kemahiran seni hiburan seperti bersyair, berpantun, berlakon, bermain alat muzik, dll. Semasa hari pembayaran gaji pekerja, terdapat tamu dan keramaian dalam istilah hiburan ketika itu iaitu RONGGENG. Terdapat beberapa peninggalan Inggeris juga di sini, antaranya Tanah perkuburan orang-orang Inggeris, ampangan air Graviti, dsbnya.
KESTABILAN POLITIK NEGERI KEUTAMAAN PKR SABAH- MUSTAPHA
2 hari yang lalu
0 ulasan