SELAMAT DATANG KE 1PITAS

SELAMAT DATANG KE 1PITAS
PETA SABAH JALAN MENUJU KE PITAS

About Me

Foto Saya
Anak Watan Pitas kelahiran Pinggan-Pinggan(1965). Pendidikan Awal di SK.Pinggan-Pinggan(1971) Ke SMK.Abd.Rahim Kudat(1977), Ke Kent College Tuaran(1983), Ke USM,P.Pinang(1997) & ke UPM Serdang (1999).

Anda Pelawat Ke:

Utusan Online

Followers

Bapa Kemerdekaan Negara

Bapa Kemerdekaan Negara
Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan Sabah

Bapa Kemerdekaan Sabah
Tun Datu Mustapha

BLOGGERS DAN KEPENTINGAN BERETIKA

Dicatat oleh Julkipli Sukur Khamis, 27 Ogos 2009

PATUHI ETIKA SEBAGAI BLOGGERS

KEBEBASAN telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia. Bagaimanapun untuk menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada norma kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan kata lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku dalam aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai ETIKA.

Melihat suasana dunia hari ini, bentuk kehidupan manusia semakin mencabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana lebih bersifat global. Masa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam menyelesaikan satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah peradaban yang disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang tanggungjawab dan hilang pertimbangan nilai.

Oleh hal yang demikian, setiap manusia perlu mengamalkan nilai-nilai dan amalan baik untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai. Kita tidak dapat nafikan bahawa dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh setiap insan akan mengwujudkan keamanan sejagat.

Dari sudut agama, etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang berkait tentang etika keagamaan. Kita akan menghuraikan hubungan antara etika dengan agama. Setiap agama menganjurkan penganutnya menuju kepada kebaikan dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik daripada yang Maha berkuasa.

Agama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Penganut agama yang tulen akan patuh pada suruhan agama dan meninggalkan perkara yang dilarang. Jelas bahawa, agama merupakan alat kawalan sosial yang sangat berkesan. Ia mendidik manusia supaya memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Secara tidak langsung, agama telah menentukan etika penganutnya. Jelas kepada kita bahawa etika dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan ajaran keagamaan.

MAKSUD ETIKA

Etika merupakan hal-hal moral, adab dan nilai dalam perlakuan manusia. Etika menerangkan perlakuan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu dan menjelaskan apa yang seharusnya manusia lakukan. Md.Salleh & Saiful (2000) mendefinasikan etika sebagai peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan panduan kepada sesuatu tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan.

Manakala Bourke (dipetik dari Md.Salleh & Saiful, 2000) mendefinasikan etika sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan untuk menentukan dan membezakan yang ‘baik’ daripada yang ‘buruk’ bagi perkara berkaitan dengan kehidupan harian mereka.

Etika berasal dari perkataan Greek, ethos (dipetik dari Etika sosial oleh Rahmat Ismail) yang memberi makna satu bidang kajian yang berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan yang dianggap baik dan buruk.

Ibrahim (2000), mengertikan etika sebagai falsafah moral di mana pokok persoalannya merupakan segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara sedar dan sengaja.Tegasnya lagi, etika ialah ilmu yang cuba memahami perlakuan manusia secara falsafah daripada kedua-dua aspek lahiriah dan batiniah: Apakah kebaikan dan keburukan? Apakah kriteria menilai kebaikan dan keburukan? Bagaimanakah kedudukan manusia apabila melakukan kebaikan dan keburukan?

HUBUNGAN ETIKA DENGAN MORAL DAN AKHLAK

Etika berhubungkait dengan sikap atau cara manusia berkelakuan berasaskan prinsip baik atau buruk. Etika ialah satu sistem kepercayaan yang diterima yang mengawal manusia, khususnya sistem yang berasaskan moral. Secara logiknya, ia berkait rapat juga dengan moral yang membawa erti pegangan tentang baik atau buruk sesuatu perbuatan. Demikian juga dengan erti akhlak yang menghuraikan tentang sahsiah manusia, iaitu berhubungkait dengan sifat peribadi dan perlakuan manusia. Akhlak, menurut seperti yang diterangkan dalam Kamus Dewan, bermakna budi pekerti, kelakuan dan tabiat baik dan buruk.

Dari keterangan tersebut, menjelaskan bahawa etika, moral dan akhlak mempunyai persamaan yang jelas. Iaitu ketiga-tiga hal tersebut menerangkan hal yang sama iaitu tatacara perlakuan manusia sama ada baik atau buruk, salah atau betul, benar atau palsu, dan boleh atau tidak. Oleh yang demikian, etika boleh disamaertikan dengan moral atau akhlak yang begitu penting dalam kehidupan manusia seharian.

BLOGGERS DAN KEPENTINGAN BERETIKA.

Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan harian, seperti seorang Bloggers. Etika dalam kehidupan sangat penting kepada individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.

A. Kepentingan Etika Terhadap Individu

Bloggers yang beretika akan dapat membina keperibadian diri yang baik kerana sahsiah terpuji yang ditunjukkan dan secara tidak langsung keluarga, organisasi dan masyarakat akan memandang mulia dan berbudi tinggi terhadap individu tersebut.

B. Kepentingan Etika Terhadap Keluarga

Jika setiap ahli keluarga mengamalkan etika yang baik, ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap keluarga. Keluarga tidak akan berpecah belah. Keamanan yang wujud dalam keluarga akan dapat mengwujudkan keharmonian hidup pula.

C. Kepentingan Etika Terhadap Organisasi

Sesebuah organisasi akan menjadi stabil, kukuh dan berkembang maju seandainya semua ahli dalam organisasi tersebut mengamalkan etika dengan berkesan dan setiap individu tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, saling hormat-menghormati, bantu-membantu serta prihatin terhadap keperluaan dan fungsi organisasi.

D. Kepentingan Terhadap Masyarakat

Apabila setiap ahli masyarakat seperti Bloggers mengamalkan etika yang baik, maka ini akan mengwujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian masyarakat akan menentukan keamanan dan kesejahteraan yang berterusan. Sebagai Blogger Malaysia, dalam menyuarakan pandangan dan pendapat di laman web / blog harus tidak lari dari ETIKA tersebut.

ETIKA TIDAK TERPISAH DARIPADA AJARAN AGAMA

Setiap agama mempunyai pengertian yang tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai pandangan yang tersendiri tentang etika. Asas dan alasan setiap agama telah mengwujudkan etika agama masing-masing seperti etika Islam, etika Kristian, etika Hinddu dan etika Buddha.

Agama ialah satu kepercayaan manusia kepada Tuhan atau Yang Maha Kuasa. Agama telah menentukan segala asas hidup untuk memandu manusia mencapai kesejahteraan hidup.Agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Konsep pahala atau balasan baik telah menjadi pendorong kepada manusia untuk melakukan kebaikan manakala konsep dosa atau balasan buruk akan menjadi penghalang kepada manusia untuk melakukan perkara jahat atau yang bertentangan dengan nilai. Agama telah menentukan etika penganutnya. Etika keagamaan berasaskan panduan iaitu suruhan dan larangan telah ditentukan oleh agama. Dan ini telah diperturunkan dari satu generasi kepada genarasi seterusnya atau akan datang.

KESIMPULAN

Etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada manusia seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan sesuka hati. Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan manusia supaya tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat, dan alam sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan ajaran agama. Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama mempunyai pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan tersendiri. Maka dari itu wujud etika yang berbeza berdasarkan agama masing-masing seperti etika islam, etika kristianiti, etika Hinduisme dan etika Buhhhisme.

Etika Islam amat jelas kerana ia berlandaskan ketuhanan yang esa. Tuhan menentukan segala-galanya. Manusia yang melakukan amal maaruf mendapat pahala, manakala manusia melakukan perkara mungkar mendapat dosa. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan.

Setiap penganut Kristianiti berharap mendapat kebahagian dan kesejahteraan semasa hidup di dunia dan selepas mati. Amalan etika kristianiti akan melahirkan manusia yang penyayang, jujur, bersyukur, adil, bertanggugjawab, cekap, bersemangat, rajin, tekun dan tidak berdendam. Kesemua ini tidak terpisah daripada ajaran agama.

Jika Etika dijadikan pegangan dan amalan para Blogger di Malaysia saya yakin dan percaya, keharmonian, kesejahteraan dan kebahagian rakyat dan negara Malaysia tetap terus terpelihara.

JADILAH BLOGGERS PEMBELA BUKAN BLOGGERS PENDERHAKA.

1 Responses to BLOGGERS DAN KEPENTINGAN BERETIKA

  1. Norawi Says:
  2. jadilah blogger pembina masyarakat,bukannya sebagai pencaci atau melakukan serangan peribadi.saya tertarik dengan paparan ini

     

Catat Ulasan

KATA HIKMAT

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon yang tumbuh gagah di rimba seperti Cengal, Merati, Merbau dan Jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapatkan tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditaman di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai. Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterunsnya akan mati." ( Za'aba)

DI ISTANA NEGERI SABAH K KINABALU

DI ISTANA NEGERI SABAH K KINABALU
GAMBAR BERSAMA TYT DIPERTUAN NEGERI SABAH

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG
DI KG.PINGGAN-PINGGAN

ZIARAH KE KG.LIU DARAT

ZIARAH KE KG.LIU DARAT
DI RUMAH MANTAN K.A.N NORDIN RUMIMBU

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.SUNGAI ELOI PITAS

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.MANGKAPON PITAS

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

MASUK KAMPUNG

MASUK KAMPUNG
BERSAMA PENDUDUK DI KG.UNGKUP PITAS

Senarai Blog Saya