SELAMAT DATANG KE 1PITAS

SELAMAT DATANG KE 1PITAS
PETA SABAH JALAN MENUJU KE PITAS

About Me

Foto saya
Anak Watan Pitas kelahiran Pinggan-Pinggan(1965). Pendidikan Awal di SK.Pinggan-Pinggan(1971) Ke SMK.Abd.Rahim Kudat(1977), Ke Kent College Tuaran(1983), Ke USM,P.Pinang(1997) & ke UPM Serdang (1999).

Anda Pelawat Ke:

Utusan Online

Followers

Bapa Kemerdekaan Negara

Bapa Kemerdekaan Negara
Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan Sabah

Bapa Kemerdekaan Sabah
Tun Datu Mustapha

PEMERINTAH DAN PEMIMPIN

Dicatat oleh Julkipli Sukur Sabtu, 26 September 2009 1 ulasan

KATA-KATA BESTARI ini untuk renungan dan pedoman kita semua disamping mempelajari kegigihan dan kejayaan orang-orang terdahulu, demi meningkatkan kualiti kehidupan diri sendiri, masyarakat dan negara.


SABDA RASULULLAH S.W.W;

Kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinan kamu. Seseorang ketua adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seseorang lelaki adalah pemimpin terhadap ahlinya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap apa yang dia pimpin. Seorang pembantu adalah penjaga harta majikannya dan dia bertanggungjawab terhadap tugasnya. Seorang lelaki adalah penjaga harta ayahnya dan dia bertanggungjawab terhadap tugasnya. Semua adalah pemimpin dan semua kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Tokoh Islam;
Apabila pemerintah telah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap umat, maka wajiblah ke atas umat terhadap pemerintah dua perkara; taat dan menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. (Abu Yaala)

Tokoh Negara;
Kualiti mestilah dijadikan matlamat kita kerana kualiti membawa manfaat kepada kita dan kepada masyarakat. negara yang ditadbir oleh orang yang cekap akan menjadi lebih maju dan kukuh dan sudah tentu maruah negara akan menjadi terpelihara.(Tun Dr.Mahathir Mohamad)

Jika kita mahu terus merdeka, kita perlua kuat sama ada dalam ekonomi atau politik dan kita bertanggungjawab kepada bangsa terutama genarasi akan datang.(Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi)

Tokoh Dunia;
Orang yang tidak cintakan tanah airnya sendiri tidak akan mencintai apa-apa. (Bryron Lord)

Bidalan Melayu;
Kalau mencari tempat bermandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri, ( Termasuk YB YB Wakil Rakyat )
Pertama elok kedua pandai. (Elok budi pekerti dan berilmu)

Pepatah Cina;
Rakyat adalah asas kepada negara,
Jika asasnya kukuh, negara akan aman makmur.

Pepatah Jepun:
Jatuh kali ke tujuh,
bangun kali ke lapan.

Pepatah Arab;
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari,
jangan ditangguh sehingga esok.

Pepatah Inggeris;
Kalau kamu tua, beri nasihat dan
jika kamu muda, terimalah nasihat.

Ehsan 1Pitas untuk semua rakyat 1Malaysia.

ICT Sebagai Salah Satu Pemangkin Pembangunan dan Inovasi Daerah Pitas.

Dicatat oleh Julkipli Sukur Isnin, 14 September 2009 4 ulasan

Kita Kena Berlari: Kakitangan Kerajaan di Pitas Perlu Kuasai ICT.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan dan inovasi sesebuah negara dan masyarakatnya. Perkembangan dunia teknologi maklumat komunikasi (ICT) membawa impak yang cukup besar dalam pelbagai aspek di Malaysia ataupun antarabangsa. Bidang ICT merangkumi pelbagai aspek dan tidak mempunyai sempadan.

Tahniah buat sahabat sahabat di Pitas yang lebih dulu berubah dan telah menguasai ilmu ICT. Ini suatu langkah baik dan tindakan yang bijak. Dan kita terus tingkatkan kemahiran guna ICT tersebut. Namun, bagi sahabat sahabat mahupun kakitangan kerajaan yang masih belum memulakannya, mari kita melangkah bersama untuk mengenalinya agar lebih ramai warga Pitas yang menguasai ICT.

Kakitangan yang berkemahiran dan menguasai bidang ICT akan mampu menyumbangkan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Dengan kemampuan menguasai ICT dapat membantu mewujudkan dan mengekalkan kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik.


Usaha untuk membangunkan Pitas dan masyarakatnya berasaskan ICT bergantung kesedaran setiap warga. Tanpa sokongan daripada kakitangan dan rakyat di Pitas, usaha pembanguan teknologi maklumat akan menjadi sia-sia, walaupun kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit setiap tahun. Rakyat Malaysia di Pitas harus mengambil peluang belajar untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang IT. Kemahiran ini bukan sahaja menguntungkan diri sendiri, malah membawa manfaat kepada keluarga, masyarakat dan Malaysia amnya.

Rakyat di Pitas harus sedar bahawa kemahiran dan penguasaan dalam bidang ICT amat penting. Hampir semua urusan kehidupan hari ini berasaskan ICT. Dengan menguasai bidang ICT, urusan dan kehidupan masyarakat akan menjadi lebih mudah. Hanya kakitangan yang berkemahiran dan menguasai bidang ICT akan mampu menyumbangkan perkhidmatan yang berkualiti untuk organisasi masing-masing. Individu boleh menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, emal dan kesedaran tentang e-kerajaan.

Perlu disedari bahawa ICT dapat mewujudkan dan mengekalkan kualiti kehidupan yang lebih baik pada diri individu, keluarga, mahupun masyarakat. Usaha untuk mewujudkan K-pekerja dan e-kerajaan amat bergantung kepada kemahiran kakitangan dalam bidang ICT. Kita memikirkan satu perubahan yang wajar dilakukan. Perubahan yang ingin dilaksanakan ialah daripada seorang kakitangan kurang menguasai kemahiran ICT kepada pekerja yang berkemahiran dan menguasai kemahiran bidang ICT.


Semua individu, pihak, organisasi dan masyarakat perlu bersatu padu dalam menguasai bidang ICT. Setiap kakitangan organisasi perlu sentiasa mengikuti kursus dan latihan dalam bidang ICT. Faktor usia bukan menjadi satu alasan untuk tidak meningkatkan kemahiran bidang ICT. Usia bukanlah faktor penghalang. Apa yang penting ialah kesedaran mengenai kemahuan untuk memajukan diri.

Peningkatan kemahiran kakitangan ICT dan kesedaran masyarakat dalam bidang ICT amat penting dalam usaha kerajaan beralih kepada pentadbiran kerajaan berasaskan ICT iaitu e-kerajaan. Usaha untuk mewujudkan e-kerajaan amat bergantung kepada kemahiran kakitangan dalam bidang ICT serta kesedaran dan sokongan masyarakat. Penggunaan ICT telah diberi penekanan, ini penting kerana ICT bukan sahaja berperanan sebagai pemberi maklumat dan pengetahuan, tetapi juga sebagai medan untuk bertukar-tukar pendapat melalui pelbagai aktiviti. Pelbagai usaha dan kempen telah dijalankan oleh kerajaan dan pihak berkepentingan akan pentingnya ICT.

1pitas.

FENOMENA GLOBALISASI

Dicatat oleh Julkipli Sukur Jumaat, 4 September 2009 1 ulasan

Isu Globalisasi

Globalisasi merupakan fenomena yang berlaku di dunia masa kini yang memberi kesan dari aspek ekonomi, politik dan budaya. Proses ini dianggap sebagai satu yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses ini berlaku dalam tiga bentuk iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Antara gejala globalisasi seperti penghakisan kedaulatan negara, kehilangan kuasa kawalan, dan keputusan isu antarabangsa ditentukan oleh kuasa luar, pasaran tempatan dikuasai oleh syarikat besar, maklumat dan model boleh dipindah tanpa sekatan, negara maju menguasai negara pengguna, wujud kefahaman dan budaya hartabenda, mementingkan keuntungan dan keseronokan.

Pihak berkuasa dapat memainkan peranan penting untuk membolehkan individu, keluarga, masyarakat dan organisasi memanfaatkan teknologi maklumat.

1pitas.

JURANG ICT MASIH KETARA DI PITAS

Hari ini Komputer telah menjadi salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Komputer sangat berkaitrapat dengan setiap aktiviti manusia kini terutama dalam bidang pengurusan, perancangan, kewangan, perhubungan, pengiklanan, pendidikan dan pelbagai bidang lain.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti kempen menggalakkan rakyat mengenali dan menguasai komputer. Namun masih terdapat jurang yang ketara antara rakyat di bandar dan berbanding di luar bandar terutama di pelusuk kampung dan pendalaman negeri Sabah, khususnya di daerah Pitas.

Terdapat beberapa faktor yang kami lihat kenapa isu ini berlaku;

  1. Kemudahan asas di luar bandar yang tidak mengizinkan contoh bekalan elektrik dan telekomunikasi akses internet yang masih terhad
  2. Faktor ekonomi, kemiskinan atau ketidakmampuan memiliki atau membeli set komputer di kalangan penduduk
  3. Faktor sikap, masih terdapat wagra yang rela membutakan mata dan memekakkan telinga akan keperluan komputer kini.
  4. Pusat pembelajaran dan Medan pusat internet desa masih terhad

Bagi merubah keadaan ini, dan melahirkan satu genarasi yang ramai celik komputer di Pitas, pelbagai pihak harus berganding bahu dan berkerjasama mengatasi isu ini. Dan yang tidak kurang pentingnya pelajar sekolah harus mengambil pelung dan kesempatan belajar komputer, terutama bagi sekolah yang ada makmal komputernya dengan memanfaatkannya semaksimum mungkin. Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam menyambung usaha kerajaan dengan menyediakan komputer sendiri kepada anak-anak di rumah.

1Pitas sokong 1Komputer di setiap rumah

KATA HIKMAT

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon yang tumbuh gagah di rimba seperti Cengal, Merati, Merbau dan Jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapatkan tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditaman di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai. Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterunsnya akan mati." ( Za'aba)

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG
DI KG.PINGGAN-PINGGAN

ZIARAH KE KG.LIU DARAT

ZIARAH KE KG.LIU DARAT
DI RUMAH MANTAN K.A.N NORDIN RUMIMBU

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.SUNGAI ELOI PITAS

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

MASUK KAMPUNG

MASUK KAMPUNG
BERSAMA PENDUDUK DI KG.UNGKUP PITAS

Senarai Blog Saya