SELAMAT DATANG KE 1PITAS

SELAMAT DATANG KE 1PITAS
PETA SABAH JALAN MENUJU KE PITAS

About Me

Foto saya
Anak Watan Pitas kelahiran Pinggan-Pinggan(1965). Pendidikan Awal di SK.Pinggan-Pinggan(1971) Ke SMK.Abd.Rahim Kudat(1977), Ke Kent College Tuaran(1983), Ke USM,P.Pinang(1997) & ke UPM Serdang (1999).

Anda Pelawat Ke:

Utusan Online

Followers

Bapa Kemerdekaan Negara

Bapa Kemerdekaan Negara
Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan Sabah

Bapa Kemerdekaan Sabah
Tun Datu Mustapha

SELUDANG

Dicatat oleh Julkipli Sukur Isnin, 29 Jun 2009 0 ulasan

Dalam Syair Jawa, negeri SABAH dikenali sebagai SELUDANG. Kawasan Pusat negeri SELUDANG dikatakan diantara TELUK MARUDU dengan Semananjung Bengkoka hingga ke Pulau Jambongan. Yang dimaksud kawasan Seludang itu adalah di sekitar Pitas. Suatu ketika dahulu, terdapat beberapa kawasan penampatan orang-orang Inggeris di Pitas, salah satu pusat penampatan Inggeris yang popular ketika itu adalah di Kg.Mempakad.

Selain orang-orang tempatan, ketika itu orang-orang Inggeris jua membawa perkerja berbangsa Jawa, Banjar, dan lain-lain lagi yang ditempatkan berkerja di ladang-ladang getah. Orang-orang Jawa tadi mempunyai kemahiran seni hiburan seperti bersyair, berpantun, berlakon, bermain alat muzik, dll. Semasa hari pembayaran gaji pekerja, terdapat tamu dan keramaian dalam istilah hiburan ketika itu iaitu RONGGENG. Terdapat beberapa peninggalan Inggeris juga di sini, antaranya Tanah perkuburan orang-orang Inggeris, ampangan air Graviti, dsbnya.

HARGA DIRI

Dicatat oleh Julkipli Sukur Ahad, 28 Jun 2009 0 ulasan

Apa yang dimaksudkan dengan Harga Diri itu? Harga Diri bererti Keupayaan dan Keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri, dalam kehidupan seseorang insan.

Harga diri tak ternilai harganya malah maruah diri tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, tetapi boleh dijaga dan dipelihara agar tak hilang ditelan masa.

Sebagai warga Pitas sekiranya kita yakin kita di pihak yang benar, kita hendaklah:
1. Berani menyatakan kebenaran
2. Mempertahankan apa yang kita yakini benar
3. Berjuang untuk menegakkan kebenaran
4. Memberi bukti-bukti yang nyata dan kukuh

Mari bersama berjuang dan mengutarakan isu isu yang wajar untuk kebaikan semua di Pitas.

ASPIRASI MENJADIKAN PITAS MAJU

Dicatat oleh Julkipli Sukur Jumaat, 26 Jun 2009 1 ulasan

"Sesungguhnya, usaha untuk merealisasikan ASPIRASI MENJADIKAN PITAS MAJU memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap WARGA PITAS untuk berkerja keras, meningkatkan jati diri, memiliki kekuatan moral dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran agar mampu mengharungi cabaran hidup" Julkipli Sukur. AJK UMNO Bahagian Kudat.

KEMISKINAN DI PITAS

Dicatat oleh Julkipli Sukur 1 ulasan

Sebenarnya PITAS JUGA KAYA ... mari kita sembang dan cerita isu ni... Pitas sebuah daerah yang kaya dengan alam semulajadinya, alam fizikalnya yang indah cantik dan menawan bagai sumandak 17 tahun .. ya bumi bertuah di laut dan di daratan... banyak yang asli-asli Flora dan Fauna yang lain dari yang lain... di lautnya banyak spesis hidupan laut yang belum diterokai... di sini banyak spesis hidupan laut spt ketam,sotong,kerang, udang, pelbagai ikan,... ikan bilis.. takat & tabilan banyak... di sungai dan bakaunya banyak buaya, monyet Belanda, Kunang-kunang, Ketam Hitam, pelbagai siput, dll lagi bah.. cuma kita mengharapkan agar hasil bumi Pitas bisa diurus dengan betul.. Sumber alamnya bakal habis nanti sekiranya tidak digunakan secara berhemah. Pokok-pokok nanti habis ditebang.... sedih jua banyak bukit bukit yang gundul... jadi yang bertanggungjawab uruslah bumi Pitas ni dengan sebaiknya. Disamping menanamkan semangat cinta dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup di masa hadapan.

Berbalik cerita tentang KEKAYAAN & KEMISKINAN... Di Pitas ada 3 jenis kemiskinan:
1. Kemiskinan Harta Benda
2. Kemiskinan Ilmu
3. Kemiskinan Usaha

Apakah persoalan ini benar? pendapat kalian dialu-alukan...

bersambung...

PEKA TERHADAP ISU SOSIAL

Dicatat oleh Julkipli Sukur 1 ulasan

Peka Terhadap Isu Sosial bermaksud Masyarakat yang prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya. Masyarakat yang prihatin amat perlu dalam pembentukan budaya Masyarakat Penyayang.

Amalan Masyarakat Perihatin:
* Mengambil berat tentang isu-isu yang berlaku di kawasan dan sama-sama berusaha untuk menangani masalah yang melanda.
* Mengambil tahu akan kesusahan ramai dan berusaha untuk memberi pertolongan
* Bersedia berganding bahu dan menghulurkan khidmat bantu
* Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

Sebagai Anak jati Pitas marilah kita sama-sama amalkan semangat prihatin terhadap apa jua persoalan dan isu-isu di bumi Pitas yang dilabelkan sebagai kawsan termiskin. Mari sama sama kita melakukan sesuatu yang baik baik demi keharmonian hidup masyarakat di Pitas.

SATELIT MEASAT-3A

Dicatat oleh Julkipli Sukur Selasa, 23 Jun 2009 0 ulasan

1Malaysia: Tahniah!!!, Satelit Measat-3A selamat dilancarkan dari Baikonur, Cosmodrome Kazakhstan baru-baru ini. Ini akan merancakkan lagi industri telekomunikasi dan IT negara. Walau PITAS terpencil nun di pendalaman, namun kita semua tetap bersua, itulah ciri dunia tanpa sempadan.

KATA HIKMAT

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon yang tumbuh gagah di rimba seperti Cengal, Merati, Merbau dan Jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapatkan tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditaman di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai. Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterunsnya akan mati." ( Za'aba)

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG
DI KG.PINGGAN-PINGGAN

ZIARAH KE KG.LIU DARAT

ZIARAH KE KG.LIU DARAT
DI RUMAH MANTAN K.A.N NORDIN RUMIMBU

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.SUNGAI ELOI PITAS

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

MASUK KAMPUNG

MASUK KAMPUNG
BERSAMA PENDUDUK DI KG.UNGKUP PITAS

Senarai Blog Saya