PATUHI ETIKA SEBAGAI BLOGGERS
Etika merupakan hal-hal moral, adab dan nilai dalam perlakuan manusia. Etika menerangkan perlakuan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu dan menjelaskan apa yang seharusnya manusia lakukan. Md.Salleh & Saiful (2000) mendefinasikan etika sebagai peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan panduan kepada sesuatu tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan.
Manakala Bourke (dipetik dari Md.Salleh & Saiful, 2000) mendefinasikan etika sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan untuk menentukan dan membezakan yang ‘baik’ daripada yang ‘buruk’ bagi perkara berkaitan dengan kehidupan harian mereka.
Ibrahim (2000), mengertikan etika sebagai falsafah moral di mana pokok persoalannya merupakan segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara sedar dan sengaja.Tegasnya lagi, etika ialah ilmu yang
Etika berhubungkait dengan sikap atau cara manusia berkelakuan berasaskan prinsip baik atau buruk. Etika ialah satu sistem kepercayaan yang diterima yang mengawal manusia, khususnya sistem yang berasaskan moral. Secara logiknya, ia berkait rapat juga dengan moral yang membawa erti pegangan tentang baik atau buruk sesuatu perbuatan. Demikian juga dengan erti akhlak yang menghuraikan tentang sahsiah manusia, iaitu berhubungkait dengan sifat peribadi dan perlakuan manusia. Akhlak, menurut seperti yang diterangkan dalam Kamus Dewan, bermakna budi pekerti, kelakuan dan tabiat baik dan buruk.
Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan harian, seperti seorang Bloggers. Etika dalam kehidupan sangat penting kepada individu, keluarga, organisasi dan masyarakat.
A. Kepentingan Etika Terhadap Individu
Bloggers yang beretika akan dapat membina keperibadian diri yang baik kerana sahsiah terpuji yang ditunjukkan dan secara tidak langsung keluarga, organisasi dan masyarakat akan memandang mulia dan berbudi tinggi terhadap individu tersebut.
B. Kepentingan Etika Terhadap Keluarga
Jika setiap ahli keluarga mengamalkan etika yang baik, ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap keluarga. Keluarga tidak akan berpecah belah. Keamanan yang wujud dalam keluarga akan dapat mengwujudkan keharmonian hidup pula.
C. Kepentingan Etika Terhadap Organisasi
Sesebuah organisasi akan menjadi stabil, kukuh dan berkembang maju seandainya semua ahli dalam organisasi tersebut mengamalkan etika dengan berkesan dan setiap individu tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing, saling hormat-menghormati, bantu-membantu serta prihatin terhadap keperluaan dan fungsi organisasi.
D. Kepentingan Terhadap Masyarakat
Apabila setiap ahli masyarakat seperti Bloggers mengamalkan etika yang baik, maka ini akan mengwujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian masyarakat akan menentukan keamanan dan kesejahteraan yang berterusan. Sebagai Blogger
Setiap agama mempunyai pengertian yang tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai pandangan yang tersendiri tentang etika. Asas dan alasan setiap agama telah mengwujudkan etika agama masing-masing seperti etika Islam, etika Kristian, etika Hinddu dan etika Buddha.
Etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Etika merupakan sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian, maka ia sangat penting kepada manusia seluruhannya. Etika menunjukkan bahawa manusia tidak boleh bertindak dengan sesuka hati. Etika atau moral dan akhlak mempunyai tujuan, iaitu mengatur kehidupan manusia supaya tidak menjadi huru-hara tetapi harmonis dengan diri, keluarga, masyarakat, dan alam sekelilingnya. Demikian juga agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Jelas bahawa etika dalam kehidupan sangat berkait rapat dengan ajaran agama. Sebenarnya agamalah yang menentukan etika pengikutnya. Setiap agama mempunyai pengertian tertentu terhadap etika. Setiap agama mempunyai asas dan alasan tersendiri. Maka dari itu wujud etika yang berbeza berdasarkan agama masing-masing seperti etika islam, etika kristianiti, etika Hinduisme dan etika Buhhhisme.
Etika Islam amat jelas kerana ia berlandaskan ketuhanan yang esa. Tuhan menentukan segala-galanya. Manusia yang melakukan amal maaruf mendapat pahala, manakala manusia melakukan perkara mungkar mendapat dosa. Kesemua ini meliputi aspek kehidupan.
Setiap penganut Kristianiti berharap mendapat kebahagian dan kesejahteraan semasa hidup di dunia dan selepas mati. Amalan etika kristianiti akan melahirkan manusia yang penyayang, jujur, bersyukur, adil, bertanggugjawab, cekap, bersemangat, rajin, tekun dan tidak berdendam. Kesemua ini tidak terpisah daripada ajaran agama.
Jika Etika dijadikan pegangan dan amalan para Blogger
JADILAH BLOGGERS PEMBELA BUKAN BLOGGERS PENDERHAKA.
jadilah blogger pembina masyarakat,bukannya sebagai pencaci atau melakukan serangan peribadi.saya tertarik dengan paparan ini