SELAMAT DATANG KE 1PITAS

SELAMAT DATANG KE 1PITAS
PETA SABAH JALAN MENUJU KE PITAS

About Me

Foto saya
Anak Watan Pitas kelahiran Pinggan-Pinggan(1965). Pendidikan Awal di SK.Pinggan-Pinggan(1971) Ke SMK.Abd.Rahim Kudat(1977), Ke Kent College Tuaran(1983), Ke USM,P.Pinang(1997) & ke UPM Serdang (1999).

Anda Pelawat Ke:

Utusan Online

Followers

Bapa Kemerdekaan Negara

Bapa Kemerdekaan Negara
Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan Sabah

Bapa Kemerdekaan Sabah
Tun Datu Mustapha

BLOGGERS PEMIMPIN FIKIRAN MASYARAKAT

Dicatat oleh Julkipli Sukur Ahad, 30 Ogos 2009

PRINSIP DAN AMALAN MURNI BLOGGERs MALAYSIA

Setiap kita mempunyai tanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara. Dalam penyebaran maklumat melalui web, sebagai penulis blog seeloknya menulis karya-karya yang positif, jika penulisan berbentuk kritikan hendaklah kritikan membina, iaitu kritik yang cuba memberi penyelesaian. Penulis Blog juga adalah pemimpin fikiran masyarakat, maka seharusnya mereka mempunyai sikap dan fikiran yang jauh lebih terbuka dan maju.

Setiap blog seharusnya berusaha mencapai satu tahap liputan yang menyeluruh terhadap Malaysia. Bloggers harus memenuhi tanggungjawab mereka sebagai penyebar maklumat dengan pendekatan lebih luas, liputan lebih besar dari kota raya besar seperti Kuala Lumpur yang kaya raya dan pesat membangun hinggalah ke pelusuk-pelusuk pekan atau kampung yang jauh ketinggalan atau tidak keterlaluan jika dikatakan miskin dan dahagakan pembangunan.

Maka sewajarnya setiap penerbitan melalui blog dapat menulis laporan pelbagai isu secara meluas sebagai contoh masalah sosial dan ekonomi yang berlaku seperti isu-isu kesihatan, kemiskinan, pemakanan, perhubungan dan pengangkutan , dan pelbagai isu dan masalah yang mendalam yang dialami oleh masyarakat khususnya di luar bandar perlu mendapat laporan oleh penulis blog secara adil agar keseimbangan dalam pelbagai perkara dan keadilan berlaku.

Kita memerlukan bloggers mahupun wartawan blog yang berkemampuan melaporkan dan mengemukakan setiap masalah atau isu sosial, ekonomi, kebudayaan, agama, politik dan sebagainya. Kita memerlukan pemblog yang tekun, gigih, berani dan sanggup berbakti kepada masyarakat. Penulis web atau blogger mempunyai peranan yang amat penting dalam memakmurkan dan meningkatkan kesejahteraan Negara,

Salam 1Malaysia & 1pitas

0 ulasan

Catat Ulasan

KATA HIKMAT

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon yang tumbuh gagah di rimba seperti Cengal, Merati, Merbau dan Jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapatkan tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditaman di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai. Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterunsnya akan mati." ( Za'aba)

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG
DI KG.PINGGAN-PINGGAN

ZIARAH KE KG.LIU DARAT

ZIARAH KE KG.LIU DARAT
DI RUMAH MANTAN K.A.N NORDIN RUMIMBU

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.SUNGAI ELOI PITAS

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

MASUK KAMPUNG

MASUK KAMPUNG
BERSAMA PENDUDUK DI KG.UNGKUP PITAS

Senarai Blog Saya