SELAMAT DATANG KE 1PITAS

SELAMAT DATANG KE 1PITAS
PETA SABAH JALAN MENUJU KE PITAS

About Me

Foto saya
Anak Watan Pitas kelahiran Pinggan-Pinggan(1965). Pendidikan Awal di SK.Pinggan-Pinggan(1971) Ke SMK.Abd.Rahim Kudat(1977), Ke Kent College Tuaran(1983), Ke USM,P.Pinang(1997) & ke UPM Serdang (1999).

Anda Pelawat Ke:

Utusan Online

Followers

Bapa Kemerdekaan Negara

Bapa Kemerdekaan Negara
Tunku Abdul Rahman

Bapa Kemerdekaan Sabah

Bapa Kemerdekaan Sabah
Tun Datu Mustapha

MANFAATKAN LAMAN BLOG

Dicatat oleh Julkipli Sukur Rabu, 26 Ogos 2009

Web dan Kemunculan Bloggers

Penerbitan elektronik merupakan satu penemuan dan perkembangan baru dalam industri penerbitan masa kini. Aplikasi teknologi penebitan secara elektronik secara tidak langsung telah mengwujudkan beberapa bentuk penggunaan hasil percambahan dari inovasi ini. Masa kini dengan aplikasi tersebut telah dapat membantu merangsang perkembangan dan kepesatan kandungan maklumat.

Terdapat beberapa elemen menjadi asas dalam sistem penerbitan elektronik iaitu proses perolehan, pemprosesan maklumat, dan akhir sekali penyebaran maklumat dalam bentuk teks, grafik, numeric atau suara. Bentuk-bentuk penerbitan elektronik ialah seperti Internet, multimedia, CD.ROM, hyperteks, videoteks dan audioteks.

Penerbitan elektronik bermula selepas terciptanya proses pencetakan mudah alih Gutenberg. Bermula dari proses ini telah membawa satu perubahan dalam teknologi penerbitan dan percetakan bermula di Eropah seterunya berkembang ke negara-negara Asia. Kerja-kerja penerbitan dipermudahkan dengan penggunaan komputer. Kerja-kerja penerbitan komputer ini telah mengatasi kerja percetakan cara lama. Antara syarikat komputer yang awal dalam kerja-kerja penerbitan secara elektronik ialah Syarikat komputer IBM dan diikuti oleh penyaing terdekatnya APPLE Computer Inc pada awal tahun 70-an yang memperkenalkan teknologi DTP. Kemudian wujud satu reformasi baru dalam industri penerbitan iaitu penemuan terbaru aplikasi Bill Gates iaitu Sistem Microsoft. Pada tahun 1975, sistem atur huruf berkomputer yang dikenali sebagi Computerized Typesetting System diperkenalkan. Sistem atur huruf ini membolehkan data-data disimpan di dalam Floopy Disk. Peringkat demi peringkat bentuk penerbitan elektronik mengalami perkembangan yang baik dan dapat menapung keperluan persembahan yang lebih baik.

Jenis-Jenis Penerbitan Elektronik
1.1
Sistem Penerbitan Setempat

Sistem penerbitan ini membolehkan aplikasi perisian komputer di keluar masukkan ke dalam sistem komputer sendiri. Melalui sistem ini membolehkan pengintergrasian teks dan grafik di dalam suatu perisian tertentu. DTP mempunyai beberapa elemen iaitu input, rekaletak dan output. Kesan daripada teknologi DTP ini telah wujud teknologi sampingan iaitu kemera digital, mikrografik, mesin penyalin,medin pengimbas, tempat data DVD, cakera laser dan CD-ROM.

1.2 Sistem Penerbitan Web

Kaedah Web merupakan suatu sistem pencarian data melalui Internet. Web telah diperkenalkan oleh Tim Berners Lee pada tahun 1989 dengan projek yang dikenali sebagai World Wide Web (WWW). WWW telah membantu pengguna internet untuk berinteraksi dengan pengguna lain. Bentuk-bentuk perkhidmatan web ialah seperti laman web, browsing/surfing iaitu setiap pergerakan pencarian data di dalam internet, dan Server iaitu sstem pertalian data daripada komputer peribadi kepada system talian internet melalui talian telefon

1.3 Multimedia

Multimedia suatu sistem intergrasi yang dijanakan oleh komputer yang menggabungkan unsur-unsur seperti teks, suara, video, animasi grafik, imej grafik bergerak, imej grafik static, illustrasi, jalinan interaktif dan diproses dalam bentuk digital. Diantara peralatan yang diperlukan dalam penerbitan sistem multimedia ialah CD-ROM,DVD, Kad Bunyi, Pembesar Suara, Kad Grafik, serta Modem.

1.4 Penerbitan Elektronik Yang Lain

Beberapa jenis penerbitan elektronik yang telah lama digunakan sebelum wujudnya perkembangan sistem penerbitan elektronik hari ini antaranya ialah; Televisyen Kabel, Teleteks, Videoteks, dan Mel Elektronik

Prospeks Dalam Penerbitan Jurnal Elektronik

A. Implikasi Kepada Perkembangan Pendidikan

Mengwujudkan perubahan terhadap kurikulum, dengan penerbitan elektronik pelajar tahu dan menggunakan teknologi komunikasi seperti tahu mencari dan mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan mengaplikasi maklumat. Contohnya, jurnal elektronik juga boleh dihantar atau diperolehi secara elektronik

B. Implikasi kepada pengguna

Pengguna dapat mencari maklumat dengan pantas dengan menggunakan kaedah perolehan maklumat pangkalan data. Sebaliknya wujud, “Technophobia dikalangan pengguna akan berlaku apabila pengguna gagal mengadaptasikan perkembangan teknologi tersebut.

C. Implikasi kepada pembaca

Menerusi kaedah ini, pembaca boleh memilih jenis jurnal dan program atau perisian yang diperlukan sahaja. Mudah untuk melakukan penyalinan semula bahan dengan mudah dan meluas daripada system perpustakaan digital.

D. Implikasi kepada masyarakat

Penggalakan perolehan maklumat siber di kalangan masyarakat untuk melahirkan masyarakat celik komputer. Kewujudan penerbitan elektronik dikalangan masyarakat telah diperluaskan di kawasan-kawasan luar Bandar supaya jurang teknologi maklumat dapat dikurangkan

E. Implikasi kepada wacana ilmu

Wacana ilmu akan lebih berkembang yang mana secara tidak langsung memberi kemudahan dan kepuasan pembaca. Penerbit atau pengedar tidak perlu bimbang kemungkinan produk diterbitkan itu tidak laku di pasaran. Melalui kaedah ini media perlu membekalkan ilmu pengetahuan dan maklumat -maklumat yang sesuai.

Kerajaan Elektronik

Kerajaan elektronik ini merupakan satu usaha untuk menghubungkan pihak kerajaan dengan pihak perniagaan, pihak kerajaan dengan rakyat dan kerajaan dengan sama pihak dalam kerajaan sendiri.. Usaha yang dimajukan ini diharap dapat memberikan perkhidmatan dan meningkatkan produktiviti.

0 ulasan

Catat Ulasan

KATA HIKMAT

"Kalau kamu menjadi pohon kayu, jadilah pohon-pohon yang tumbuh gagah di rimba seperti Cengal, Merati, Merbau dan Jati yang hidupnya sentiasa bersaing dan berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapatkan tempat yang kukuh dan terjamin. Sebaliknya janganlah menjadi pohon bunga yang ditaman di dalam pasu yang sentiasa mengharapkan supaya disiram dan dibajai. Jika tidak ia akan menjadi layu dan seterunsnya akan mati." ( Za'aba)

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG
DI KG.PINGGAN-PINGGAN

ZIARAH KE KG.LIU DARAT

ZIARAH KE KG.LIU DARAT
DI RUMAH MANTAN K.A.N NORDIN RUMIMBU

JEJAK PITAS

JEJAK PITAS
BERSAMA PENDUDUK KG.SUNGAI ELOI PITAS

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

BERSAMA PENDUDUK DI KG.PANDAN MANDAMAI

MASUK KAMPUNG

MASUK KAMPUNG
BERSAMA PENDUDUK DI KG.UNGKUP PITAS

Senarai Blog Saya